Monday, 23 April 2012

Umrah (hari di Madinah)


Madinah ...

Bagi kebiasaan rakyat Malaysia, biasanya perjalanan umrah akan dimulakan di Madinah sebelum bertolak ke Mekah, di sini saya tinggal selama 3 hari memenuhi hari hari dengan lawatan luar dan dalam.  Selain dari yang paling indah berada di masjid Nabi yang  tenang tak dapat digambarkan perasaan ... Masjid Nabawi.  Saya sentiasa rindu ke sana , Alhamdulillah sudah beberapa kali saya ke sana , nak pergi setiap tahun kalau mampu rasanya.

Kalau rindu saya membelek belek lagi gambar gambar di sana .... antaranya ...



































Friday, 20 April 2012

Rendang Ayam Daun Kunyit




bahan bahan

1/2 ekor ayam
1 kotak santan (200 ml)
air secukupnya
5 camb cili boh
1 asam keping
1 camb gula
garam
2 helai daun kunyit (hiris halus)

bahan untuk dikisar

2 bawang besar
1 bawang putih
2" lengkuas
1" halia
1 camt serbuk kunyit
2 helai daun kunyit (hiris halus)

cara


  1. masak ayam dgn air, cili dan bahan bahan yang dikisar hingga mendidih
  2. tambah santan , asam ,gula dan garam
  3. masak hingga pekat dan kering sedikit
  4. masukkan hirisan daun kunyit 





Thursday, 19 April 2012

Jauh Di Sudut Hati




Puding Karamel




bahan-bahan

untuk puding

250 ml susu sejat
250 ml air
3 biji telur
4 camb gula
1 1/2 camb mentega
1 camt esen vanilla

untuk karamel

125 g gula
5 camb air

cara

         -karamel-
  • campurkan bahan utk karamel iaitu gula dan air
  • masak hingga mendidih warna kuning dan menjadi pekat sedikit (api kecil) 
  • tuang ke dalam acuan loyang atau acuan puding
  • ratakan di permukaan acuan 
  • ketepikan (biar di menjadi keras)

         -puding-
  • pukul telur hingga kembang dan ringan
  • masuk gula sambung pukul lagi
  • tambah susu, air, esen vanilla
  • kacau sampai sebati
  • tuang dalam acuan tadi 
  • bubuh sikit majerin atasnya
  • kukus 1/2 jam
  • sejukkan


** boleh juga diterbalikkan tapi biar betul2 sejuk dulu (jadi atas karamel, bawah puding)








Rang undang2 jenayah siber


hanya untuk info kita bersama .....



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012.

Dua rang undang-undang yang diluluskan itu berperanan melengkapi Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diwujud bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah bertujuan menangani kelompongan undang-undang dalam menghadapi jenayah siber yang semakin berleluasa dan mengadakan peruntukan pertambahan kuasa penyiasatan.    Katanya, bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang wujud akibat kelompongan undang-undang berkaitan aktiviti jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet, Kanun Tatacara Jenayah perlu dipinda bagi menangani isu pengumpulan data dan maklumat serta pembuktiannya di mahkamah.

“Rang undang-undang ini akan memasukkan peruntukan bagi memberi penguatkuasa kuasa untuk mengakses data dan komputer serta memintas komunikasi. 

“Pada masa ini, kuasa polis atau pegawai penguat kuasa untuk mengakses data berkomputer ketika menjalankan siasatan hanya terdapat dalam undang-undang khusus seperti Akta Jenayah Komputer, Akta Komunikasi dan Multimedia dan akta khusus yang lain,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Ketika menggulung Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012, Mohamed Nazri berkata, penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.

Katanya, Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.

“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran.                                      


 

Wednesday, 18 April 2012

Mimpi ...


Salam ... .  Saya berblog ni hanya untuk suka2 bila rasa nak menulis, tak kisahlah orang kata syok sendiri pun ...  lol.  Dialu-alukan sesiapa yang sudi singgah di blog ni, pastu datang lah slalu.  

Pagi ni saya bangun dengan bantal basah sbb menangis ,  rupanya sebab mimpi saya yang begitu jelas lagi di ingatan.  Mimpikan abah saya yang tepat 2 tahun meninggal hari ni.  Dalam mimpi tu, saya sedang bake cake dan teringat abah suka makan kek , saya kata pada mak ,saya rindu abah sangat , tiba tiba terjaga dari tidur dan sedang menangis, sebak sangat masa tu.   Al Fatihah untuk arwah abah yang baik sangat jaga saya sejak saya umur 3 tahun lagi (dia abah tiri saya, ayah meninggal masa saya 11 bulan ).   

Alhamdulillah rasanya saya dah cuba yang terbaik tunaikan apa yang saya rasa dia nak semasa hidupnya.  Saya dah bawa dia dan mak ke Mekah (yang dia sangat idamkan).  Gembira dia diharijadinya di sana masa tu.  Saya puashati dapat menanggung dia dan keluarga selepas saya bekerja.  Renovate dan besarkan rumah elok sikit. ....  .  Adik beradik yang lain pun macam saya jugak.  Walau kami susah masa kecil, Alhamdulillah semuanya tak pernah jadi masalah bagi kami.  

Alhamdulillah saya masih ada emak, dia di kampung sorang, biasalah orang tua , tak nak duduk dgn anak2, so saya dan adik beradik yang lain call dia sekali atau 2 kali setiap hari.  Weekend ada  yang balik menjenguknya.

Pada sesiapa yang masih punya mak abah, sayangi dan luangkanlah masa sebanyak mungkin untuk mereka sebab bila mereka dah tiada di dunia kita rasa banyak lagi yang kita tak buat untuk mereka semasa ada hayat mereka.  




Tangan terpaksa dipotong krn kecuaian






KUALA LUMPUR: “Masa depan anak saya hancur kerana kecuaian mereka,” kata Anuar Ramlee, 57, yang kesal dengan pihak Hospital Temerloh (HT) yang didakwa lambat mengambil tindakan sehingga menyebabkan tangan anaknya terpaksa dipotong.


  Mangsa, Muhammad Firdaus Anuar, 21, dikatakan mengalami luka parah di tangan kanannya selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bera dari Felda Triang, Pahang, Sabtu lalu. 


  Bagaimanapun, tangan kanannya terpaksa dipotong sebaik saja tiba di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berikutan lewat mendapatkan pembedahan bagi menyambung semula pembuluh darah yang putus dalam kemalangan berkenaan.


  Menceritakan semula kejadian, Anuar berkata, anaknya yang baru saja seminggu menamatkan pengajian dalam bidang Ukur Tanah di Politeknik Ungku Omar, di Ipoh dikatakan keluar makan bersama tiga rakannya sebelum terbabit dalam kemalangan jam 10 malam. 


  Katanya, Muhammad Firdaus dikejarkan ke HT dan tiba di hospital berkenaan  45 minit selepas itu sebelum menerima rawatan doktor yang bertugas.








Kalau mangsa dari kalangan keluarga kita, apa yang anda rasa.  Saya sangat sebak kalau ternampak remaja yang cacat, kalau orang yang dah berumur oku boleh tahan lagi.  Pihak hospital tolonglah bagi keutamaan pada yang betul betul memerlukan dahulu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...