Thursday, 17 May 2012

Ibu Kembali Remaja



Jung Da Yeon adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak dari Korea Selatan yang pernah memiliki berat badan seberat 70 kg. Suatu hari dia membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Dia melakukan diet ketat dan rajin bersenam aerobik. Hanya dalam 3 bulan, dia berhasil membuang berat badannya sebanyak 20 kg.


Hal inilah yang membuatnya terkenal di Korea dengan sebutan momjjang ajumma atau seorang ibu dengan penampilan yang berubah drastik kerana perubahan fiziknya yang ekstrem dan membuatnya terlihat jauh lebih muda dari umurnya sekarang (46 tahun).

Kerana keberhasilannya ini, ia diundang wawancara oleh stesen televisyen Jepun, NHK setelah dia membuat “momjjang syndrome”  terkenal di Korea. Dan oleh kerana pencapaiannya ini, sekarang dia sudah menjadi instruktur fitness dan aerobik paling terkenal di Asia dan rajin menerbitkan buku dan video aerobik serta fitnessnya.

Benar-benar luar biasa, dan siapa yang mengira kalau dia sebenarnya berusia 46 tahun?


sumber.

Wednesday, 16 May 2012

Untungnya jadi Syahrini


Syahrini Bercinta Dengan Cucu Sultan Selangor

JAKARTA: Artis dari Indonesia Syahrini akhirnya mendedahkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.
Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani,30, berkata, mereka telah bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.

“Hubungan kami sudah berjalan sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh itu ia tiada masalah cuma saya tidak mahu ia diketahui ramai,” katanya bagi menjelaskan hubungan mereka ketika ditemui pemberita di Royal Hotel, Bogor,  dekat sini.

Tambah wanita itu, pada bulan Februari lalu dia telah menerima sebentuk cincin berlian daripada Bubu dalam pertemuan makan malam serta jambangan bunga bagi meraikan cinta mereka.
Sementara itu Bubu memberitahu dia bukanlah lelaki yang berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia.

Beliau turut mengesahkan dirinya adalah kerabat diraja yang berasal dari Selangor.
“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.
"Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu. - detikhot.com


Sumber Mstar/detikhot.com

Tuesday, 15 May 2012

Datuk Seri Nizar hadir tanpa diundang


Sumber: Nicholas Wong
7:50PM Mei 14, 2012

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang menjadi sasaran dalam satu program ceramah Umno pada malam tadi dengan selamba muncul di program tersebut dan duduk bersama pemimpin yang hadir.

Insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke program ceramahnya, yang terletak kira-kira 200 meter daripada lokasi ceramah "Nizar pembohong bersiri" tersebut di Tualang Sekah, kata Nizar.

Beliau singgah ke ceramah tersebut apabila melihat kain rentang yang terpapar namanya itu, kata Nizar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau tertanya-tanya, apakah "pembohongan" yang telah disebarkannya itu, kata Nizar yang menyifatkan kunjungannya itu sebagai muhasabah dirinya.

Perkara pertama yang didengarnya ketika sampai ke program itu ialah suara bekas ahli PKR Hanafiah Man yang keras mengkritiknya, kata Nizar.

Hanafiah yang menyedari kehadiran beliau kemudiannya beralih topik kepada kritikan ke atas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para hadirin seramai kira-kira 100 orang itu juga terkejut melihat kehadirannya di majlis tersebut, kata Nizar lagi.

"Saya rasa mereka pucat," katanya sambil ketawa.

Beberapa orang di majlis itu memintanya beredar namun beliau berkeras untuk berada di situ kerana majlis tersebut berkait dengan dirinya.

Katanya lagi beliau mahu mendengar ceramah tersebut da, beliau juga akan mengalu-alukan kedatangan mereka ke program ceramahnya.

Monday, 14 May 2012

Bapa tak guna ni ....




Pekanbaru.  Sungguh biadab perbuatan bapa yang satu ini. Selama 6 tahun, dia memperkosa anaknya sendiri. Kini pelaku bernama Edy asal Sumatera Utara itu diburu polis.

Kes pemerkosaan ini disampaikan Rita (45), kerabat ibu kandung mangsa dalam perbincangan dengan detikcom, Isnin (7/5/2012) di Pekanbaru. Kanak-kanak berusia 13 tahun yang kini berstatus pelajar sekolah menengah itu rupa-rupanya sudah diperkosa bapanya sejak usia 8 tahun.

"Bapanya mengugut akan membunuh. Dengan ugutan itulah, selama 6 tahun ini, anak saudara saya terus menerus disetubuhi secara paksa," kata Rita.

Selama ini, pihak keluarga juga sudah pernah menyampaikan kes rogol itu kepada ibu kandung mangsa. Anehnya, ibu kandung mangsa malah tidak menerima apabila suaminya dituding pihak keluarganya telah memperkosa anaknya.

"Kita sudah sampaikan masalah ini kepada ibunya, tapi malah ibunya memberitahu kita bahawa semua itu hanya fitnah. Kerana ibunya tidak percaya, maka kita sekeluarga yang melaporkan masalah ini kepada polis," kata Rita.

Sejak kes ini dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis
Pekanbaru awal minggu lalu, kata Rita, ibu bapa mangsa yang selama ini bekerja sebagai buruh bangunan itu melarikan diri. Pelaku sendiri berasal dari Sumatera Utara. "Sekarang bapanya sudah melarikan diri," kata Rita.

Ketua Polis Jakarta, AKP Arief Fajar saat disahkan detikcom membenarkan adanya laporan tersebut. "Memang kita sudah menerima laporan kes pemerkosaan tersebut. Saat ini pasukan kita tengah memburu pelaku," kata Arief.


sumber : chaidir anwar tanjung detiknews 

Sunday, 13 May 2012

PRU13 semakin hampir



13 Mei 2012                  



SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai tidak berseloroh apabila menyebut ‘saya berasa mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok’ yang membayangkan hasratnya mahu membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi percaya, Perdana Menteri sememangnya bermaksud sekarang adalah masa yang sesuai untuk PRU13 diadakan berikutan momentum sokongan Barisan Nasional (BN) yang sedang meningkat.

“Saya percaya, beliau yakin sekarang adalah masa yang sesuai. Apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib memang ke arah itu (mahu menghadap Agong) menunjukkan PRU13 sudah dekat,” katanya.

Mohd Puad berkata, fenomena ‘gelombang merah’ yang melanda Bukit Jalil pada malam itu dengan kehadiran lebih 100,000 ahli Umno tentunya meyakinkan Najib bahawa sekarang adalah masa untuk PRU13 diadakan.

Seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Ir Idris Haron, sama ada Perdana Menteri bergurau ataupun serius, ia perlu diterima secara serius oleh semua ahli parti.

“Memang sudah dekat. Kita tunggu sahaja masa untuk Perdana Menteri umumkan (pilihan raya) secara rasmi.

“PM sudah bekerja keras dalam banyak hal terutama dalam pembangunan negara, dan saya percaya beliau sememangnya bermaksud mengenai apa yang disebutkannya kerana beliau yakin dengan pencapaian kerajaan hari ini,” katanya.


sumber:sinar harian

Saturday, 12 May 2012

Jual Blouse online , cantik...



Cara Untuk Memesan
Untuk pesanan, pembayaran dan pertanyaan. Sila e-mail :


eidacollection@gmail.com atau 
tinggalkan komen di bawah, saya akan reply secepat mungkin


Proses Penghantaran > Poslaju

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Welcome From Us

Assalamualaikum and hello....

Welcome to ei-dacollection.blogspot.com. Here, we provide products like woman and babies appereal, accessories and etc. Our mission is to provide the best and the latest product in the future. Thank you.. and do visit us time by time. Happy shopping!


Selamat Datang ke ei-dacollection.blogspot.com. Kami menyediakan produk-produk seperti pakaian wanita, kanak-kanak, accessories dan lain-lain. Misi kami adalah untuk menyediakan yang terbaik dan terkini dari masa ke semasa.Terima kasih dan harapan kami agar anda semua sentiasa melawat blog ini.



Polkadot Blouse







CODE : PB 030

COLOR : BROWN
FREE SIZE (fits size : S, M, L)

RM 35.00






CODE : PB 031

COLOR : CREAM
SIZE : FREE SIZE (fits size : S, M, L)

RM 35.00






PB 032

COLOR : DARK BLUE
SIZE : FREE SIZE (fits size : S, M, L)

RM 35.00




'Pari' Blouse



CODE : KB 085

COLOR : DARK BROWN
SIZE : FREE SIZE

RM  80.00





CODE : KB 086

COLOR : LIGHT BROWN
SIZE : FREE SIZE

RM 80.00






CODE : KB 087

COLOR : PINK
SIZE : FREE SIZE

RM 80.00



Long Sleeve Leopard Printed Blouse



ONE PIECE

CODE : LP 145

COLOR : ORANGE
SIZE : FREE SIZE (fits size : S, M, L)

RM 45.00




Long Sleeve Polkadot Blouse





CODE : LS 146

COLOR :BLUE
SIZE : FREE SIZE (fits size : S, M)

RM 40.00



Long Sleeve Blouse






CODE : LS 039

COLOR : MAROON
SIZE : FREE SIZE

RM 40.00



CODE : LS 040

COLOR :BLACK
SIZE : FREE SIZE

RM 40.00


CODE : LS 041

COLOR : BROWN
SIZE : FREE SIZE

RM 40.00



RIBBON BLOUSE/TOP



CODE : RB 002

COLOR : Background - White, Ribbon & Stripe - Dark Blue
SIZE : FREE SIZE (Fits S, M)

(One Piece)

RM 45.00



GREEN RETRO BLOUSE/TOP




CODE : GB 045

COLOR : GREEN
SIZE : FREE SIZE (Fits S, M, L)

(One Piece)

RM 40.00




STRIPE BLOUSE/TOP




CODE : SB 046

COLOR : BLACK STRIPE
SIZE : FREE SIZE (Fits S, M)

(One Piece)

RM 35.00





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...